RM 54,000,000
lesap akibat penipuan dalam talian pada tahun 2024.
Deepfake.
Pengecaman suara tiruan.
Video dijana AI.
Platform pelaburan palsu.
Internet kini dipenuhi dengan perkara yang kelihatan benar, rasa meyakinkan, tapi…ye ke?
Ia semakin berkembang
Penipuan dalam talian berlaku bukan hanya sebab kita kurang kesedaran. Ia semakin berkembang, makin hebat menyusup ke dalam kandungan media sosial kita, menyamar dalam kehidupan seharian, dan nampak lebih meyakinkan daripada sebelumnya.
Bunyi macam sains fiksyen, tapi ini lah realiti.
Keselamatan digital kini bukan sekadar tentang berhati-hati semasa kita scroll skrin. Ianya tentang mempertajam cara kita berfikir, supaya kita dapat kesan tanda-tanda amaran dan bertindak sebelum terlambat.

Kalis penipuan
Kalis penipuan
bermula di sini!
Online Safety IRL: Edisi Scam bukan sekadar meningkatkan kesedaran — ia mengubah cara rakyat Malaysia berfikir, merasa dan bertindak dalam dunia digital. Dengan pencipta kandungan dan golongan belia sebagai nadi perbualan, kami menjadikan suara yang dekat di hati sebagai pendukung kuat keselamatan dalam talian.
Scammers tidak akan berhenti. Kita pun tak boleh.
.avif)
Tentang Creators IRL
Sebagai pengguna, kita cenderung untuk mengikuti pencipta kandungan yang kita percaya — individu yang berkongsi pengalaman, idea dan pandangan dengan cara yang dekat di hati.That’s why penting untuk pencipta kandungan merasa yakin dan berdaya untuk bercakap secara terbuka tentang penipuan dalam talian.
Creators IRL ialah program felo selama 3 bulan yang membekalkan anda dengan alat, pengetahuan dan sokongan untuk menggabungkan kreativiti dengan impak, demi membentuk ruang dalam talian yang lebih selamat. Sepanjang program ini, anda akan bekerjasama dengan rakan korporat dan agensi kerajaan, sambil berhubung dengan komuniti pencipta kandungan yang turut sama bersemangat untuk menjadikan internet tempat yang lebih baik.
Nak tahu siapa yang dah jadi sebahagian daripada komuniti Creators IRL?
Kenali Creators Kami

Kenali Adam Eji. Pencerita seram yang menjadikan chopstick sebagai teman setia! Adam berkongsi kisah hantu dan "gosip seram" dengan menggabungkan elemen seram dan hiburan. Apabila tidak bercerita tentang cerita seram dan membuat penonton menjerit dan ketawa, Adam tampil dengan video PSA dan kandungan pendidikan yang bermanfaat. Aktif di dunia maya namun peribadinya seorang yang pemalu, Adam ialah seorang ambivert sejati yang selesa di rumah.


Tick ialah seorang foodie tegar dari Pulau Pinang yang memulakan kerjayanya sebagai pencipta kandungan di YouTube, menjelajah di kawasan sekitarnya untuk mencari pelbagai hidangan yang terbaik. Kini aktif di Instagram, Tick berkongsi kandungan lifestyle yang menyeronokkan bersama pasangannya dan sedang bersiap untuk membawa lebih banyak pengembaraan makanan serta kandungan berbentuk pendidikan untuk pengikutnya. Nantikan!


Panjang daripada Gosterville Gang, hadir untuk meneroka dunia penipuan siber untuk pendidikan komuniti. Dengan sentuhan humor yang tersendiri, Panjang membongkar pelbagai taktik penipuan dan mengubahnya menjadi panduan praktikal untuk membentuk pengikutnya kekal lebih selamat dalam talian.


Matlamat Riona ialah untuk menyampaikan kandungan yang positif sebagai seorang pencipta kandungan, sekali gus menjadi contoh yang baik serta pembimbing kepada generasi muda. Riona berharap agar media sosial pada masa akan datang akan dipenuhi dengan kandungan yang berkualiti dan berunsur nilai murni dan bermanfaat untuk semua.


Kate ialah wajah disebalik Go Malaysia, sebuah platform media yang meningkatkan kesedaran tentang Malaysia baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Dalam tempoh 2 tahun, platform ini telah berkembang kepada lebih 200,000 pengikut dan menjana lebih 50 juta tontonan, sekaligus menyumbang kepada imej dan ekonomi Malaysia. Go Malaysia menumpukan tema kesihatan, sukan, pelancongan, ekologi, dan budaya.


Sejak Disember 2020, Dayana aktif berkongsi kandungan positif dan berinformasi yang merangkumi tips kerjaya, ulasan teknologi, mengembara, serta kesedaran tentang keselamatan siber. Rasa ingin tahu yang kuat terhadap dunia teknologi yang sentiasa berkembang maju, Dayana berhasrat untuk menginspirasikan masyarakat agar terus meneroka, belajar, dan maju bersama. Setiap perkongsiannya mencorak langkah dalam membina identitinya sebagai suara yang dipercayai serta tenaga kreatif dalam dunia teknologi dan ruangan digital.


Pakoi ialah seorang pengulas teknologi dan pendidikan dari Kedah dengan pengalaman hampir 6 tahun dalam bidang media sosial. Pakoi aktif berkongsi ulasan dan pandangan tentang teknologi terkini, terutamanya produk serta kemas kini iOS, dengan gaya yang santai dan mudah difahami.


Guna Max ialah seorang pencipta kandungan Malaysia yang gemar menggubah momen-momen harian menjadi sesuatu yang lucu serta dekat dengan penonton. Guna gemar mempamerkan kelucuan dalam perkara-perkara kecil yang sering kita alami, terutamanya dalam komuniti Tamil di Malaysia. Kandungannya menyatukan masyarakat melalui jenaka situasi dalam kisah keluarga, keunikan budaya, dan kekacauan harian. Dia hadir untuk menghibur, menghubungkan masyarakat, sentiasa kekal autentik dalam setiap kandungan yang diciptanya.


Nivhahahaha: Berpesonaliti ceria yang membawa hiburan dengan humor dan bermatlamat, Nivha berkongsi kisah serta pandangan dengan gaya spontan dan penuh jenaka. Nivha tampil dengan keaslian dirinya di media sosial, menukar senyuman menjadi pengaruh, tawa menjadi impak positif, dan percaya bahawa gabungan kedua-duanya mampu mencipta persekitaran media sosial yang lebih harmoni, menyeronokkan dan lebih bermakna.


Nurnisa merupakan seorang pencipta kandungan makanan dan telah berkecimpung dalam bidang masakan dan penerokaan makanan lebih daripada 5 tahun. Nurnisa gemar memasak pelbagai hidangan daripada masakan Asia hingga ke masakan Barat. Selain minatnya terhadap makanan, Nurnisa juga menggunakan platformnya untuk meningkatkan kesedaran dan berkongsi mesej bermakna kepada pengikutnya.


Seorang pencipta kandungan yang sedang berkembang yang berasal dari Borneo dengan minat besar terhadap dunia travel, budaya, dan usaha memberi inspirasi kepada generasi muda! Merupakan bekas pemenang Miss World Malaysia 2018, Larissa kini bertugas sebagai penasihat undang-undang dalaman, dan selamanya seorang pengembara sejati. ☺️


Aida percaya bahawa hidup lebih bermakna dengan sedikit humor. Sejak 2023, Aida mencipta kandungan komedi dan lifestyle, menonjolkan budaya Malaysia melalui lakonan pendek yang dekat dengan penonton terutamanya hubungan "Kak Babe" dengan watak makcik yang lucu. Melalui humor kehidupan harian, Aida membawa gelak tawa, nostalgia, dan kekecohan keluarga yang dikenali ramai, sambil meraikan komuniti, identiti, dan cara rakyat Malaysia berkomunikasi dimana dakalanya sinis tetapi penuh kasih sayang.


Zarif Azrie adalah seorang pencipta kandungan dari Malaysia dan kandungannya khusus kepada topik kewangan, automotif, dan lifestyle. Matlamatnya adalah untuk memudahkan pemahaman topik kewangan yang kompleks serta menginspirasikan keputusan gaya hidup yang realistik di kalangan masyarakat melalui kandungan pendek yang santai serta mudah difahami.


Bro Wong ialah seorang pengulas automotif dari Johor yang menilai kereta berdasarkan data sebenar. Selain dunia automotif, dia juga mendedahkan pelbagai bentuk penipuan dan amalan tidak beretika untuk mendidik masyarakat supaya lebih peka dan berfikir secara kritikal dalam kehidupan seharian.


Chi Howe ialah pencipta kandungan lifestyle yang menggabungkan humor dan kreativiti bagi mencuit hati penonton bagi mencetuskan perbualan tentang perpaduan, pendidikan dan kehidupan seharian.

Inilah garis masa 3 bulan kita
Sebagai seorang felo Creators IRL, anda akan beroleh kemahiran, pandangan dan keyakinan untuk mencipta kandungan yang membantu rakyat Malaysia menjadi lebih bijak menangani penipuan.

Bulan 1 – Ready…
.avif)
Bulan 2 - Set!

Bulan 3 - Launch!
Apa manfaatnya untuk saya?
Ini yang akan anda lalui sebagai felo Creators IRL:
Masterclass dan lawatan lapangan
Bercerita dengan impak
Peluang rangkaian
Potensi tanpa had
Geran untuk kandungan berimpak
Sedia untuk membuat impak?
Pendaftaran telah ditutup
Registration closes
d
h
m
-
5 Oktober 2025

Tentang Youths IRL
Anak muda sekarang bukan sekadar scroll skrin – mereka mempersoal, mencabar dan membentuk semula cara kita berhubung di dunia digital. Namun, apabila kita jadi yang pertama untuk meneroka platform baru, ia juga bermakna kita yang pertama berdepan ancaman digital yang muncul.
Sebab itulah Youth IRL wujud: untuk membekalkan belia dengan kemahiran, keyakinan dan suara untuk bangkit menentang bahaya dalam talian. Sepanjang tempoh 6 bulan, anda akan mengikuti gabungan sesi pembelajaran secara hybrid dan bersemuka, projek praktikal, serta perbincangan sebenar tentang keselamatan digital. Anda akan mempelajari cara menangani cabaran seperti penipuan berasaskan AI, di samping membina kemahiran kepimpinan, libat urus dan penciptaan kandungan.
Pada akhir program ini, anda akan melancarkan projek kesedaran anda sendiri dan menjadi sebahagian daripada rangkaian pemimpin belia yang menjadikan ruang digital Malaysia lebih selamat untuk semua!
Rasa ini sesuai untuk anda? Teruskan membaca untuk ketahui apa yang menanti anda!
Inilah game plan 6 bulan kita!

Fasa 1: Berhubung

Fasa 2: Bekerjasama

Fasa 3: Lancarkan!
Masih perlukan sebab untuk sertai Youth IRL?
Rangkaian yang bermakna
Dorongan kerjaya dengan impak sebenar
Pandangan Baharu
It starts with You(th)
Pendaftaran telah ditutup
Registration closes
d
h
m
-
3 Oktober 2025
Temui pusat kuasa di belakang
Online Safety IRL: Edisi Scam!

Kementerian Komunikasi Malaysia

CelcomDigi

Meta Platforms, Inc.

Tonton

Ratio:Cause
Kami merupakan sebuah agensi pemacu perubahan sosial yang menyokong kerajaan, agensi dan syarikat korporat dalam menterjemahkan idea berani kepada impak yang dapat diukur dan memberi manfaat kepada masyarakat. Melalui strategi perubahan sosial dan tingkah laku, kami membangunkan penyelesaian berskala untuk merapatkan jurang antara komitmen kelestarian korporat dan impak sebenar di lapangan.




