Rakyat Malaysia, tidak kira umur dan bangsa, masih menghadapi pelbagai risiko dalam talian.

Rakyat Malaysia, tidak kira umur dan bangsa, masih menghadapi pelbagai risiko dalam talian.

— biarpun disebabkan scam atau kebimbangan keselamatan yang lain.

Walaupun ramai di antara kita peka akan ancaman dalam talian, kesedaran sahaja tidaklah mencukupi.

Sudah tiba masanya untuk kesedaran itu diubah untuk menjadi daya tahan sebenar melalui amalan langkah-langkah

pencegahan dan perlindungan|

Lengkapkan diri anda dengan tips dalam talian berikut:

Talian hotline 997

Pusat Respons Penipuan Kebangsaan. Nombor pilihan utama anda untuk melaporkan penipuan dan ancaman digital.

Sifat kedekut itu tidak selalunya buruk

…apabila melibatkan perkongsian atau penukaran informasi dalam talian, terutamanya maklumat peribadi seperti nama penuh anda, nombor IC, alamat dan kata laluan.

Memberi pendedahan awal

Sekiranya anda merupakan ibu bapa/penjaga atau adik beradik yang lebih tua kepada anak kecil, berilah pendedahan awal kepada mereka tentang keselamatan dalam talian.

Jika mereka tidak mempelajarinya dari sumber yang betul, mereka akan mempelajarinya dari tempat yang salah!

Katakannya bersama
#waswaskatweb #surebarushare

Seperti mantra, tanda pagar ini mengingatkan anda untuk membuat pengesahan yang menyeluruh.

Kekal berwaspada

Chup! Berhati-hatilah apabila melihat iklan yang memberi tawaran yang menarik itu atau dipromosikan oleh duta yang menawan. Lagi-lagi sekiranya tapak web tersebut mempunyai maklumat yang sedikit atau URL yang pelik! Semaknya semula, lakukan rujukan silang dan soalkan segala-galanya.

Jadi kaki report!

Jangan abaikan nombor-nombor atau akaun yang mencurigakan —report dia! Failkan aduan dengan MCM, atau laporkan terus di media sosial atau dalam permainan.

Bukan penipuan sahaja yang menjadikan dunia digital tempat yang berbahaya.

Apa lagi yang boleh anda lakukan dalam menguatkuasakan ruang dalam talian yang lebih selamat untuk semua?

Jom kita main!