Kami menjalankan satu eksperimen sosial, kami memaparkan
12 iklan palsu di pelbagai platform media sosial
Hampir
400,000
pengguna klik iklan tersebut!
Jadi kalau anda tak cukup waswas, anda mungkin boleh kena scam.
Nasib baik, iklan palsu tu membawa mereka terus ke halaman ni. Di mana mereka meluangkan 2-4 minit untuk belajar cara melindungi diri dalam talian.
Sepanjang kempen Online Safety IRL kami, kandungan kami telah meraih berjuta tontonan!
11,000,000
VIEWS
Bagaimana kami melakukannya!
1
Kami memilih 10 pencipta kandungan untuk menyertai kelas-kelas pakar tentang keselamatan dalam talian.
2
Ilmu yang diperoleh dikongsi melalui 30 video ciptaan mereka yang padat dengan tips, kisah benar dan maklumat penting mengenai penipuan, buli siber dan keselamatan kanak-kanak dalam talian.
Kita amat memerlukan dasar yang memberi tumpuan kepada perlindungan belia dalam talian dengan segera. Tapi masih ada harapan!
10 anak muda Malaysia telah menyahut panggilan ini, memperjuangkan langkah-langkah yang lebih kukuh dan berpusatkan belia dalam dasar AI dan digital negara.
Nak tengok bagaimana rupa dasar digital yang diterajui belia?
Lihat idea-idea mereka di sini!
Safeguarding Children’s Data and Privacy in Malaysia: Combatting AI-Generated Child Sexual Abuse Materials
Byte-Sized Addictions: Tackling AI Algorithms That Hook Malaysian Kids